PKR tidak terkejut tindakan ahli parti di Sabah
Iklan
Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mengakui tidak terkejut dengan tindakan kira-kira 8,000 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di seluruh Sabah yang mengumumkan keluar parti semalam.
Menurutnya, pada pemahamannya ahli yang keluar parti mempunyai masalah disiplin atau pernah keluar daripada parti mereka sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Saya difahamkan mereka yang menonjol mengumumkan keluar parti hari ini sama seperti kes Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Dr Daroyah Alwi yang keluar parti Sabtu lalu.
"Kita sebenarnya memang dalam proses untuk mengambil tindakan disiplin sama ada penggantungan keanggotaan atau memecat keahlian terhadap mereka,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan kira-kira 8,000 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) seluruh Sabah yang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa semalam.
Bekas Pengarah Tugas-Tugas Khas PKR Sabah yang mengetuai kumpulan tersebut, Datuk Nani Sakam, berkata, pihaknya mengambil keputusan terbabit berikutan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan terutamanya Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew.
Iklan
Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi berkata, mereka yang terlibat pernah mengutarakan perkara sama sebelum ini.
Katanya, pada tahun lalu mereka mendakwa akan membawa keluar 75 peratus daripada ahli PKR di Sabah namun sehingga semua hanyalah ‘cakap besar’ mereka sahaja.
Menurutnya, tindakan itu sebenarnya tidak mendatangkan kesan terhadap parti sebaliknya dilihat sebagai satu langkah terdesak untuk menunjukkan bahawa mereka masih relevan.
"Saya juga telah berbincang dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew yang juga Pengerusi PKR Sabah dan Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari dan kedua-duanya menyatakan bahawa PKR di Sabah masih kekal dan kukuh bersama parti.
"Insya-ALLAH kerajaan Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan terus kukuh dan saya percaya tindakan ini tidak mengganggu sama sekali urusan pentadbiran dan perjalanan pengurusan kerajaan Sabah,” katanya.
BERITA SEMASA 28 APRIL 2024
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu berkata, pengesahan daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengenai taraf akademiknya itu telah 'menutup mulut' semua pihak yang mempertikaikan perkara berkenaan.
Kontroversi membabitkan taraf pendidikan Khairul Azhari rancak diperdebatkan susulan menimbulkan kekeliruan kerana beliau memiliki ijazah sarjana tanpa ijazah sarjana muda.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661773/berita/politik/prk-kkb-calon-pn-harap-tiada-lagi-serangan-peribadi-semasa-kempen
Muzik: Elevate dari www.bensound.com