Pintu sempadan darat Malaysia-Singapura perlu dibuka segera
Iklan
Cheo Yee How
JOHOR BAHRU - Kerajaan perlu segera mengadakan perbincangan dengan pemimpin utama Singapura bagi membolehkan pintu sempadan darat Malaysia-Singapura dibuka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Cheo Yee How berkata, pembukaan pintu sempadan darat kedua-dua negara itu cukup penting bagi pekerja Malaysia yang mencari rezeki di republik itu.
Iklan
Iklan
"Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling terletak di kawasan bandar Johor Bahru mempunyai ramai penduduk yang bekerja di Singapura.
"Keluh-kesah mereka saya dengari. Melalui maklumat yang diterima, setakat ini telah wujud pekerja warganegara Malaysia yang dibuang kerja akibat sekatan yang dilaksanakan kedua-dua negara tersebut," katanya.
Iklan
Katanya, hubungan kedua-dua negara antara Malaysia-Singapura yang terjalin selama ini boleh dimanfaatkan dengan membincangkan soal kemudahan pekerja Malaysia di Singapura.
"Kita maklum kedua-dua negara mengambil langkah berjaga dalam isu pandemik koronavirus (Covid-19) ini namun soal masa depan pekerja negara ini juga perlu diberikan perhatian.
Iklan
"Saya melihat, kelonggaran boleh diberikan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di negara tersebut serta sempadan di antara kedua negara ini khusus untuk mereka yang bekerja sahaja," katanya kepada Sinar Harian.
Justeru, beliau mencadangkan rundingan kedua negara ini perlu disegerakan bagi membincangkan soal pekerja Malaysia di sana agar rakyat kita di Singapura dapat merancang pekerjaan mereka dengan majikan di sana sekali gus mengelakkan mereka dibuang kerja.
"Kementerian dan kerajaan negeri Johor perlu mengambil langkah proaktif sebelum wujud masalah lain sekiranya perkara ini dibiarkan dan saya yakin akan ada ramai lagi pekerja Malaysia di Singapura akan dibuang kerja,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>