Ia hanya kurungan sementara: Perhilitan
Iklan
Penjelasan Perhilitan bersama video yang menunjukkan keadaan sangkar sebenar yang menempatkan ungka itu.
KUALA LUMPUR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tampil memberi penjelasan berkenaan sebuah artikel berserta gambar dan video yang dimuat naik menunjukkan seekor Ungka Tangan Hitam (Agile Gibbon) dikurung dalam sangkar kecil di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC).
Perhilitan menerusi akaun rasmi Twitternya, semalam menafikan keluasan kurungan yang kecil itu kerana kurungan sedia ada melebihi daripada saiz kurungan yang ditetapkan oleh Peraturan-peraturan Hidupan Liar (Pengendalian Zoo) (Pindaan) 2013.
Iklan
Iklan
"Kurungan (seperti dalam video) itu hanyalah kurungan sementara sebelum ungka dipindahkan ke sangkar yang besar.
"Pihak Perhilitan juga ingin memaklumkan bahawa bahagian bawah kurungan sememangnya tidak mempunyai perabot seperti hidupan liar lain kerana gibbon adalah spesies arboreal yang hanya turun ke bawah untuk minum atau mengutip sisa-sisa makanan yang jatuh di dalam kurungan,” menurut Perhilitan menerusi bebenang di Twitternya.
Iklan
Perhilitan, dalam masa sama turut memuat naik sebuah video yang menunjukkan keadaan sangkar sebenar yang menempatkan ungka itu.
Pada 5 Jun lalu Friends of The Orangutan, menerusi laman sesawang dan akaun Twitternya, memuat naik sekeping gambar dan video seekor Ungka Tangan Hitam (Agile Gibbon) yang dirakam di bawah kurungan di NWRC.
Iklan
Artikel berserta gambar dan video berdurasi sembilan saat yang bertajuk 'Appalling video of gibbon raise concerns about PERHILITAN rescue centres, again', itu turut menyatakan bahawa ungka itu ditempatkan dalam kurungan yang kurang perabot dan pengayaan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>