KUALA LUMPUR - Dalam tempoh 20 April hingga 14 Jun lepas, sebanyak 17 tapak pembinaan di seluruh negara diarah tutup operasi buat sementara selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tapak terbabit adalah antara 7,699 lokasi yang diperiksa oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam tempoh berkenaan.