Masjid, surau seluruh WP dibuka untuk solat jemaah esok
Iklan
KUALA LUMPUR - Masjid, surau Jumaat dan surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kecuali di kawasan Zon Merah, dibuka bagi membolehkan orang ramai menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah mulai esok.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail berkata, keputusan itu susulan perkembangan situasi semasa serta pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.