Hab halal, pelancongan mampu pacu ekonomi selatan Thailand

Iklan
Selatan Thailand berpotensi menjadi hab halal dan pusat pelancongan sekiranya konflik keselamatan di wilayah itu dapat ditangani. Gambar hiasan (Gambar kecil: Zakariya (kiri), Warin)

NARATHIWAT - Selatan Thailand berpotensi menjadi hab halal dan pusat pelancongan sekiranya konflik keselamatan di wilayah itu dapat ditangani.

Pengarah Pusat Ekonomi dan Kewangan Islam, Fakulti Sains Islam, Prince of Songkla University, Prof Dr Zakariya Hama berkata, industri makanan halal dan pelancongan sejarah mampu meningkatkan ekonomi penduduk.

Iklan
Iklan

"Di sini (selatan Thailand) memang terkenal dengan makanan halal dan kita mesti ada satu pusat untuk menjadikan kawasan kita sebagai hab halal.

"Tempat ini tempat sejarah, jadi kita juga boleh ambil input-input sejarah itu bagi menarik pelancong terutama dari Malaysia kerana selepas pandemik Covid-19, memang pelancong Malaysia nombor satu (ramai) jika hendak bandingkan dari negara lain," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Iklan

Zakariya berkata, konflik keselamatan menjejaskan ekonomi dan melambatkan pembangunan di selatan Thailand.

Menurutnya, penduduk tempatan mempunyai kemahiran untuk meningkatkan ekonomi, namun keadaan tidak aman menjadi halangan.

Iklan

"Permulaan ialah membina modal berkonsepkan kewangan Islam dan cadangan telah diusulkan pada pihak berkuasa. Apabila dapat modal, mereka boleh membina ekonomi," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Sains Teknologi, Prince of Naradhiwas University, Warin Narawit berkata, bidang sains dan teknologi penting untuk pembangunan wilayah berkenaan.

Menurutnya, graduan bidang itu berkhidmat di jabatan forensik dan hospital, termasuk membantu mengenal pasti bukti dalam kes serangan.

"Bidang ini semua universiti ada, tapi kami memfokuskan kepada biologi, teknologi makanan, elektrik serta latihan perguruan.

"Ini perkara yang kami tekankan dan bidang ini penting kepada pelajar tempatan khususnya," katanya.