Gagal sedia alat pengesan suhu, kedai serbaneka diarah tutup

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

LUMUT - Sebuah kedai serbaneka diarah tutup serta-merta selepas didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pemeriksaan mendapati premis yang beroperasi di Taman Sejati 2 itu gagal menyediakan alat pengesan suhu serta buku pendaftaran yang tidak dikemas kini.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan yang dilakukan oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bersama Unit Penguatkuasa Majlis Perbandaran Manjung (MPM) hari ini.

"Pemilik premis itu didapati gagal mematuhi arahan PKPP dan diarahkan tutup serta-merta. Premis itu dibenarkan beroperasi selepas memenuhi SOP yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, pemilik premis perniagaan dinasihatkan mematuhi segala SOP yang ditetapkan.

"Pihak berkuasa tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang masih gagal mematuhi SOP PKPP ini,” katanya.

Iklan