Permohonan Geran Agropreneur Muda dibuka sepanjang tahun
Iklan
Ronald Kiandee (dua dari kanan) melepaskan benih anak ikan tilapia ke dalam kolam ternakan sewaktu melawat kolam ternakan ikan di Kampung Kolapis, Beluran. -Foto Bernama
BELURAN – Permohonan Geran Agropreneur Muda kini dibuka sepanjang tahun bagi menggalakkan lebih ramai golongan muda untuk terus membangunkan industri makanan negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee hari ini.
Beliau berkata, permohonan geran itu juga tidak tertakluk kepada tempoh masa tertentu seperti sebelum ini yang dibuka hanya pada Januari, Mei dan September sahaja.
Iklan
Iklan
"Namun, bagi urusan kelulusan, ianya masih tertakluk kepada peraturan dan penjadualan sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Geran Agropreneur Muda Sabah di sini.
Kiandee berkata, sejak 2016, seramai 6,005 usahawan tani muda telah mendapat bantuan geran dalam bentuk barangan bernilai sehingga RM20,000 berjumlah RM104.35 juta.
Iklan
Untuk tahun ini, beliau berkata, RM20 juta diperuntukkan untuk membangunkan 1,200 usahawan tani muda.
"Bagi fasa pertama tahun ini, seramai 238 pemohon telah diluluskan Geran Agropreneur Muda dengan nilai geran sebanyak RM4.01 juta,” katanya. -Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'"><meta itemprop="description" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian, 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AjaranSesat #TanahPerkuburan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T06:21:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZkqoC1fLsFUTv0-h8/x120"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9wwvpo"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9wwvpo"></script>