TNB beri penjelasan kenaikan bil elektrik
Iklan
SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertemu dengan pengguna yang mendakwa menerima pelarasan bil elektrik dengan kenaikan 600 peratus bagi memberi penjelasan mengenai perkara itu selepas tular di media sosial.
Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman berkata, pada pertemuan itu kelmarin, pengguna tersebut menerima penjelasan daripada pegawai TNB bahawa cara pengiraan bil elektrik adalah melalui kaedah prorata bagi memastikan pengguna tidak terbeban dengan jumlah bil yang tinggi.