PKPP: Pahang benar operasi perniagaan sehingga 10 malam
Iklan
KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang membenarkan semua premis perniagaan beroperasi bermula jam 7 pagi hingga 10 malam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ketetapan itu dibuat selepas menerima maklum balas daripada persatuan dan para peniaga khususnya yang terlibat dalam perniagaan makanan berhubung keputusan sebelum ini yang mewajibkan mereka menghentikan operasi pada jam 9.30 malam.