20 warga asing ditahan cuba seludup keluar
Iklan
Gambar hiasan
PORT DICKSON - Polis menahan 15 lelaki dan lima wanita pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk seorang tekong yang cuba menyeludup keluar daripada negara melalui jalan tidak diwartakan, semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan, Aidi Sham Mohamed berkata penahanan dibuat oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Port Dickson bersama Balai Polis Teluk Kemang dalam dua serbuan pada pukul 9.30 pagi dan 1.30 tengah hari.
Iklan
Iklan
Beliau berkata bertindak atas maklumat yang diperolehi, polis berjaya memberkas empat warga Indonesia di tempat parkir kereta di hadapan sebuah hotel di Batu 8, Jalan Pantai di sini dipercayai terlibat dengan aktiviti penyeludupan orang serta tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
"Seorang daripada mereka yang berumur 38 tahun dipercayai merupakan tekong dalam aktiviti ini. Siasatan lanjut yang dijalankan terhadap suspek membawa kepada satu lagi serbuan dan penahanan 16 warga Indonesia di dalam tiga buah bilik di sebuah lagi hotel berdekatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Iklan
Beliau berkata polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Proton Waja, dua telefon bimbit, dompet dan wang tunai berjumlah RM3,750 daripada suspek serta sebuah lagi telefon bimbit daripada tahanan lain serta 19 buah pasport Indonesia.
Aidi Sham berkata hasil soal siasat suspek mengaku membawa serta menguruskan kesemua yang lain untuk dibawa balik ke Indonesia melalui laluan yang tidak sah dengan bayaran RM950 seorang.
Iklan
"Kesemua tangkapan membabitkan seramai 15 lelaki dan lima wanita berumur dalam lingkungan antara 18 dan 50 tahun,” katanya.
Beliau berkata kes disiasat dibawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) terhadap tekong berkenaan manakala 19 individu lagi disiasat dibawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu berkaitan kesalahan masuk dan tinggal dalam negara tanpa mempunyai pas imigresen yang sah.
Katanya suspek direman selama 28 hari manakala tahanan lain selama 14 hari bagi siasatan lanjut. - Bernama
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.