MELAKA - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca mendung pada sebelah pagi dan ribut petir pada sebelah petang di ketiga-tiga daerah di negeri ini pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 Sabtu ini.
Susulan itu, MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook menasihatkan pemilih untuk keluar mengundi lebih awal pada waktu pagi.
"Pengundi dinasihatkan untuk keluar mengundi lebih awal pada waktu pagi berikutan ramalan ribut petir pada sebelah petang di semua daerah.
"Jangan lupa bawa payung dan patuhi arahan keselamatan di pusat mengundi,” menurut hantaran itu.
Iklan
Pengundi turut dinasihatkan merancang perjalanan ke pusat mengundi dengan menyemak ramalan cuaca terkini daripada MetMalaysia. - Bernama
Iklan