Terowong bersejarah di Bukit Besi terancam
Iklan
Terowong peninggalan bersejarah kereta api bijih besi yang kini telah rosak akibat aktiviti perlombongan. Foto: Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun
DUNGUN - Terowong kereta api bijih besi bersejarah di Bukit Besi, di sini yang bakal diwartakan sebagai artifak sejarah dan warisan Terengganu kini terancam ekoran aktiviti perlombongan di kawasan itu.
Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun (PSMKD), Wan Mohd Rosli Wan Ngah berkata, pembukaan kembali aktiviti perlombongan di kawasan itu sejak hampir 10 tahun lalu merosakkan peninggalan bersejarah yang sebelum ini dijaga rapi.
Iklan
Iklan
Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri digesa mewartakan artifak bersejarah di kawasan Bukit Besi supaya ia dapat diwarisi dengan menyegerakan langkah-langkah sewajarnya memandangkan kegiatan perlombongan itu dikhuatiri memusnahkan artifak bersejarah yang sepatutnya disimpan untuk tatapan generasi akan datang.
Sebuah lagi artifak sejarah yang dikhuatiri turut musnah sekiranya tidak diwartakan. Foto: Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun
"Sepatutnya artifak bersejarah ini perlu dipulihara dengan baik oleh mana-mana pihak kerana ia merupakan lambang keagungan sejarah peninggalan zaman kegemilangan perlombongan bijih besi di Bukit Besi suatu masa dahulu.
Iklan
"Pihak kerajaan perlu mewartakan artifak-artifak yang ada di sekitar Bukit Besi kerana ia mempunyai nilai komersial yang tinggi dan merupakan aset negara ini dari aspek sejarah, pelancongan dan ekonomi.
"Pewartaan segera perlu dibuat untuk menggelakkan warisan sejarah tersebut terdedah kepada risiko berlakunya kemusnahan kesan daripada aktiviti perlombongan tanpa kawalan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Aktiviti perlombongan berleluasa dikhuatiri memusnahkan artifak sejarah di kawasan itu. Foto: Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun
Iklan
Mengulas lanjut katanya, langkah mewartakan artifak bersejarah di kawasan itu diyakini mampu menarik tumpuan pengunjung luar seterusnya membantu dalam menjana ekonomi penduduk tempatan.
"Kita yakin jika lokasi bersejarah ini dipulihara, dibangun dan dipromosikan, ia boleh dikenali di peringkat antarabangsa dan menarik pengkaji sejarah dan pelancong untuk mengunjunginya.
"Ia secara tidak langsung juga dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat," katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal