Empat tentera terbunuh, helikopter terhempas di Indonesia

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

JAKARTA - Empat anggota tentera Indonesia (TNI) terbunuh selepas helikopter MI-17 milik TNI terhempas di Kaliwungu, Kecamatan Kendal di Jawa Tengah.

Dalam kejadian 1.40 petang tadi itu, helikopter berkenaan dinaiki sembilan anggota TNI dalam misi latihan penerbangan.

Iklan
Iklan

"Lima lagi cedera dalam kejadian itu,” kata Ketua Penerangan TNI, Brig Jeneral Nefra Firdaus dalam satu kenyataan hari ini.

Punca kejadian nahas helikopter buatan Russia itu, masih dalam siasatan.-Bernama

Iklan
Iklan