Sewa banglo anjur parti dadah
Iklan
Antara individu yang ditahan kerana menyertai parti dadah di sebuah banglo di Bangsar lewat malam tadi.
KUALA LUMPUR - Keseronokan 39 individu berhibur dalam parti liar dengan kebanyakan mereka berada di bawah pengaruh dadah berakhir dengan serbuan polis dalam operasi di sebuah banglo di Bangsar di sini lewat malam tadi.
Dalam serbuan pada jam 1.15 pagi itu, 20 lelaki dan 19 wanita berusia 18 hingga 40 tahun termasuk sembilan warga Vietnam ditahan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menerusi Op Parti Liar.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, banglo tersebut disewa oleh seorang daripada suspek wanita yang ditahan pada kadar RM1,900 semalam.
"Mereka yang menyertai parti liar ini dijemput melalui WhatsApp dan panggilan telefon,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Zairulnizam berkata, polis turut merampas tiga peket plastik disyaki mengandungi dadah methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 46.12 gram, 12 biji pil ekstasi dan tiga peket plastik berisi dadah disyaki ketamin anggaran berat 4.5 gram dengan nilai keseluruhan dadah dianggar RM5,647.
Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 32 daripada mereka positif dadah.
Iklan
"Kesemua yang ditahan turut dikompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengikut Seksyen 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya.
Beliau berkata, kesemua suspek direman tujuh hari sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2), Seksyen 12(2), dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan 4,101 penolong amil Selangor kini digital"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) melaksanakan sepenuhnya proses pendaftaran dan pelantikan penolong amil secara digital bagi sesi 2027 hingga 2030 menerusi Sistem Pendaftaran Penolong Amil yang membabitkan semua masjid di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sistem baharu itu diperkenalkan bagi memperkemas urusan pelantikan membabitkan tiga kategori iaitu Penolong Amil Kariah, Penolong Amil Fitrah dan Penolong Amil Komuniti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806492/edisi/selangor-kl/pelantikan-4101-penolong-amil-selangor-kini-digital
Muzik: Win At Your Back dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #LembagaZakatSelangor #PenolongAmil #Masjid"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-28T10:59:13.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hKhdk1h2hG2HdSwNw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P161S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0qqr2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0qqr2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0qqr2"></script>