Rang Undang-Undang Covid-19 dibentang sesi Parlimen Julai

Iklan
MUHYIDDIN

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang Covid-19 (Langkah Sementara) sebagai komitmen bagi mengurangkan impak perundangan Covid-19, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, Rang Undang-Undang itu dijangka dibentangkan pada sesi parlimen Julai ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Rang Undang-Undang itu merupakan pelepasan sementara atau temporary relief daripada tanggungjawab perjanjian bagi satu tempoh yang ditetapkan.

"Kerajaan berharap dengan adanya akta baharu ini, kelangsungan hidup rakyat Malaysia umumnya dapat diteruskan," katanya ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen hari ini.

Iklan
Iklan

Kerajaan memperkenalkan Penjana dengan tema 'Bersama Menjana Ekonomi' sebagai langkah segera untuk membangun dan merancakkan semula ekonomi negara untuk jangka masa pendek merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion.- Bernama

AKAN MENYUSUL