KLANG - Sebanyak 14 premis perniagaan dikenakan tindakan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) selepas gagal mematuhi aspek kebersihan ditetapkan menerusi satu operasi yang dilaksanakan di sekitar Jalan Selampit, Taman Klang Jaya semalam.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, dalam operasi itu, pihaknya mengeluarkan enam kompauan, dua notis dan enam amaran lisan kepada peniaga terlibat berikutan melanggar peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.