Polis tahan pemandu mabuk di PD
Iklan
Lelaki tersebut memandu kereta proton Iswara ini dalam keadaan mencurigakan.
PORT DICKSON - [DIKEMASKINI] Polis menahan seorang penganggur yang memandu dalam keadaan mabuk dalam Op Mabuk di Kilometer 5.5, Jalan Pantai di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pada jam 10.40 malam itu, polis mengarahkan lelaki berusia 45 tahun memberhentikan kereta Proton Iswaranya selepas dilihat memandu dalam keadaan mencurigakan.
Iklan
Iklan
"Susulan itu dia ditahan di atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kes akan dirujuk ke Mahkamah Majistret Port Dickson bagi permohonan reman hari ini untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Bagaimanapun menurutnya, pemeriksaan tidak menemui barang yang menjadi kesalahan, namun ujian saringan pernafasan mengesan alkohol dalam darah melebihi had ditetapkan.
"Tangkapan dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.
Iklan
"Dia kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan 4,101 penolong amil Selangor kini digital"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) melaksanakan sepenuhnya proses pendaftaran dan pelantikan penolong amil secara digital bagi sesi 2027 hingga 2030 menerusi Sistem Pendaftaran Penolong Amil yang membabitkan semua masjid di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sistem baharu itu diperkenalkan bagi memperkemas urusan pelantikan membabitkan tiga kategori iaitu Penolong Amil Kariah, Penolong Amil Fitrah dan Penolong Amil Komuniti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806492/edisi/selangor-kl/pelantikan-4101-penolong-amil-selangor-kini-digital
Muzik: Win At Your Back dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #LembagaZakatSelangor #PenolongAmil #Masjid"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-28T10:59:13.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hKhdk1h2hG2HdSwNw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P161S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0qqr2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0qqr2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0qqr2"></script>