PM lancar Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek bulan ini
Iklan
Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR - Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek bagi tempoh Jun hingga Disember 2020 akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata, pelan tersebut akan tetap tertumpu kepada tiga matlamat utama, iaitu memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.
Iklan
Iklan
Dalam merangka pelan ini, beliau berkata, pendekatan kerajaan akan bersandarkan kepada empat ciri, iaitu mesti tangkas dan dinamik, kerjasama sektor awam-swasta diutamakan, memastikan komunikasi menyeluruh dan capaian meluas serta menggunakan pendekatan berdasarkan data.
"Sesungguhnya, Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek ini merupakan peluang kita untuk mengambil peluang baharu yang berbangkit daripada krisis koronavirus (Covid-19) ini demi pembangunan masa depan negara.
Iklan
Iklan
"Insya-ALLAH, inisiatif yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri akan membolehkan kita mencapai matlamat yang ditetapkan,” katanya semasa membentangkan Laporan Ketujuh Pencapaian Prihatin-Laksana hari ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>