Tiga lelaki diberkas curi motosikal
Iklan
polis
GOMBAK – Seramai tiga lelaki diberkas secara berasingan kerana disyaki terlibat kes kecurian motosikal di sekitar Gombak, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, sepasukan anggota polis dari Balai Selayang mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di Jalan Bidara berhampiran balai polis berkenaan pada jam 6.30 petang, kelmarin.
Iklan
Iklan
"Semakan mendapati motosikal ditunggang lelaki berkenaan telah dilaporkan hilang pada awal pagi hari sama. Hasil soal siasat, polis menahan dua lagi lelaki di Bandar Baru Selayang, kedua-dua lelaki itu dipercayai adalah pembeli motosikal yang dicuri untuk dileraikan dan komponennya dijual semula.
"Kita percaya dengan tertangkapnya suspek ini, sebanyak enam kes kecurian motosikal dalam daerah ini berjaya diselesaikan manakala dua daripada kes tersebut berjaya diselesaikan kurang daripada 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan media.
Iklan
Beliau berkata, pihaknya merampas dua motosikal jenis Honda, sebuah motosikal jenis Modenas, enjin dan beberapa komponen motosikal.
"Kesemua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 27 hingga 39 tahun itu juga mempunyai rekod jenayah lampau.
Iklan
"Ketiga-tiga suspek direman empat hari bermula semalam hingga 3 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Zakat Selangor sasar kutipan zakat RM1 juta warga ATM menjelang 2028"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyasarkan kutipan zakat melalui potongan gaji warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor mencecah RM1 juta menjelang 2028.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #ATM #AndaHeroAsnafATM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T09:56:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5v0jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5v0jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5v0jq"></script>