PASUKAN Hockademy menuntut Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) supaya segera melunaskan hadiah wang kemenangan mereka selaku juara Liga Hoki Malaysia (LHM) Wanita 2020 dan tidak memperjudikan nasib barisan pemainnya.
Dalam kenyataannya hari ini, Hockademy turut menyarankan KHM mendahulukan wang sendiri sekiranya badan induk hoki negara itu masih belum menerima wang penajaan bagi membayar hadiah kemenangan demi kebajikan pemain mereka yang bekerja keras selama ini.