Tindakan duduk di blok pembangkang calar maruah parti
Iklan
Razali
KUALA TERENGGANU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu menyifatkan lima ahli Parlimen daripada parti itu yang bertindak duduk di blok pembangkang ketika Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini sebagai perbuatan mencalar maruah serta keutuhan parti.
Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata, Badan Pimpinan Bersatu Negeri (BPN) Terengganu sebulat suara berpendirian setiap ahli parti tanpa memilih 'warna' wajib mematuhi Perlembagaan dan undang-undang parti.
Iklan
Iklan
"Tindakan memilih untuk duduk di blok pembangkang di dalam Dewan Rakyat adalah bertentangan dengan peraturan sedia ada dan membawa kesan sebagaimana dinyatakan di dalam peruntukan yang sama," katanya menerusi satu kenyataan.
ARTIKEL BERKAITAN: Keahlian terlucut serta-merta bukan dipecat: Muhyiddin
Lima ahli MPT Bersatu termasuk Tun M dipecat daripada parti
Iklan
Keahlian Tun M, 4 lagi terhenti sebab langgar perlembagaan parti
Keahlian Tun M sudah terhenti, tidak perlu Lembaga Disiplin
Iklan
Krisis Tun M, Muhyiddin: Ke mana arah Bersatu?
Kenyataan itu dikeluarkan bersama tujuh lagi Ketua Bahagian Bersatu di Terengganu.
Turut menyokong kenyataan itu ialah Bendahari Bersatu Terengganu, Aidi Ahmad; Penyelaras Armada, Luqman Dazilan dan Penyelaras Sri Kandi, Roslilawati Moktar.
Dalam perkembangan sama, Razali berkata, BPN sentiasa mendukung penuh Perlembagaan parti dan tidak akan bersetuju dengan perbuatan melanggar Perlembagaan tersebut.
"Kita bersetuju tindakan sewajarnya diambil supaya semua ahli patuh kepada Perlembagaan parti.
"Kita telah menerima maklum bahawa lima ahli Parlimen yang telah melanggar Perlembagaan sudah terhenti keahlian menurut peruntukan parti dan kami bersetuju dengan tindakan tersebut. BPN akan sentiasa patuh kepada keputusan pimpinan parti demi perpaduan dan kesatuan," kata beliau.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil