Rentas negeri: Hanya alasan paling munasabah diluluskan
Iklan
Antara permohonan rentas negeri yang diberi pertimbangan utama untuk diluluskan adalah berkaitan kecemasan dan kematian. Gambar hiasan. - Foto Siti Shahrosamirah Shaharman
SHAH ALAM - Polis Selangor hanya akan pertimbangkan permohonan mana-mana pihak untuk merentas negeri dengan alasan paling munasabah selagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.
Jurucakap Khas Op Covid-19 Polis Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, antara permohonan rentas negeri yang diberi pertimbangan utama untuk diluluskan pasukan keselamatan itu adalah berkaitan kecemasan dan kematian.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, setakat semalam, Polis Selangor menerima 1,902 permohonan untuk merentas negeri dengan 1,674 daripadanya diluluskan iaitu berkaitan rawatan perubatan (484), kematian (181), kecemasan (869) dan pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan (140).
"Untuk sekatan jalan raya di lebuh raya, setakat ini kami lakukan di lima lokasi khususnya di laluan masuk ke negeri ini selain 11 sekatan jalan raya antara negeri di lima daerah bagi memantau pergerakan orang awam.
Iklan
"Polis juga akan mempertingkat kawalan menerusi sekatan jalan raya di kawasan strategik bagi mengesan mana-mana pihak yang cuba menyelinap balik ke lokasi asal selepas pulang berhari raya di kampung,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pada masa sama, katanya, sejumlah 523 kompaun atas pelbagai kesalahan dikeluarkan sejak 22 Mei hingga semalam dan sebanyak 4,832 kenderaan diarah berpatah balik kerana gagal mengemukakan alasan munasabah untuk merentas negeri sepanjang tempoh berkenaan. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'"><meta itemprop="description" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'
Kerajaan Selangor mengambil langkah awal untuk menamatkan sepenuhnya kaedah penternakan babi secara tradisional di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang terbukti mencetuskan pencemaran, sebelum beralih kepada konsep penternakan moden yang diusahakan oleh pihak swasta.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu pencemaran akibat aktiviti penternakan di Tanjung Sepat, Kuala Langat ditangani segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763821/edisi/selangor-kl/selangor-tutup-kaedah-penternakan-babi-tradisional-cemar-sungai-alam-sekitar---amirudin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #AmirudinShari #Selangor #PenternakanBabi #Pencemaran #AlamSekitar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-13T05:08:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZpVlE1fPTDEv6vuuR/x120"><meta itemprop="duration" content="P141S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9xn4jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9xn4jy"></script>