Tun M pecat Suhaimi, lantik Setiusaha Kerja baharu
Iklan
Dr Mahathir pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Bersatu di sini hari ini.
PETALING JAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa beliau masih lagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat Setiausaha Kerjanya, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya serta-merta hari ini.
Beliau berkata, jawatan itu kini digantikan oleh Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Sazmi Miah.
Iklan
Iklan
Katanya, beliau sebelum ini mahu berjumpa dengan Muhammad Suhaimi selepas dipecat bersama empat lagi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu semalam namun bekas Setiausaha Kerjanya itu enggan bertemu.
"Saya hendak jumpa Setiausaha Kerja, saya hendak jumpa apakah kuasa dia. Entah macam mana dia kata tidak mahu jumpa saya. Maka setiausaha kerja sudah melangkau parti.
Iklan
"Maka saya lucutkan keanggotaan Suhaimi. Beliau tidak ada hak untuk buat apa-apa kerja atas nama parti dan tidak ada hak untuk menulis surat menggunakan logo Bersatu lagi," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Bersatu di sini hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN Lima ahli MPT Bersatu termasuk Tun M dipecat daripada parti
Pada masa sama, Dr Mahathir turut menegaskan Setiausaha Agung Bersatu masih dipegang oleh Datuk Marzuki Yahya dan bukan Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Iklan
"Saya mahu jelaskan Marzuki ialah Setiausaha Agung Bersatu. Dalam perlembagaan menyatakan sebarang perlucutan jawatan perlu dicadangkan Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Muhyiddin juga perlu berunding dengan saya.
"Tetapi beliau (Muhyiddin) bukan sahaja tidak berunding tetapi membuat keputusan sendiri. Sepatutnya berunding dengan saya," kata beliau.
Menurut beliau, Hamzah langsung tidak ada hak sama sekali untuk memegang jawatan dalam parti mengambil kira pemimpin itu adalah dari UMNO.
"Ahli UMNO yang masuk dalam parti perlu melalui proses. Pertamanya keluar dari UMNO, buat permohonan masuk dalam Bersatu dan perlu mendapat persetujuan kita untuk melantiknya sebagai ahli biasa.
"Ahli biasa dari UMNO tidak boleh memegang jawatan. Jika dilantik sebagai Setiausaha maka itu salah,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN Tun M dakwa pemecatan beliau, 4 pemimpin Bersatu tidak sah
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.