Remaja hanyut diselamatkan guru KAFA diambil keterangan
Iklan
Barudin
PARIT - Remaja perempuan yang memandu kereta bersama empat rakan lain hingga terbabas memasuki tali air di Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah di sini semalam telah diambil keterangannya hari ini.
Mangsa berusia 18 tahun itu merupakan salah seorang daripada lima mangsa yang telah diselamatkan oleh seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dalam kejadian sekitar jam 12.20 tengah hari itu.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, mangsa telah hadir ke Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk diambil keterangan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kesemua mangsa menaiki Proton Iswara dalam perjalanan dari Seri Iskandar menuju ke Changkat Lada melalui Jalan Bota Kiri- Ulu Dedap.
Iklan
"Setibanya di tempat kejadian, kenderaan tersebut dipercayai telah hilang kawalan menyebabkan terbabas dan terjunam ke dalam tali air.
"Empat mangsa dilaporkan tidak cedera dan menerima rawatan sebagai pesakit luar manakala seorang lagi stabil dan ditempatkan di Hospital Teluk Intan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.
Iklan
Katanya, kompaun berjumlah RM1,000 akan dikeluarkan kepada mereka kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
"Berdasarkan peraturan itu mana-mana yang memandu kenderaan persendirian boleh membawa penumpang dan penumpang itu hendaklah orang yang tinggal serumah dengannya.
”Saman turut dikeluarkan kepada pemandu mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 166/59,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>