31 Mei tarikh rayuan akhir BPN

Iklan
Foto: Bernama

SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ialah pada 31 Mei 2020.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, rayuan BPN boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan dengan hadir ke cawangan LHDNM atau mengemukakan e-mel ke rayuanbpn@hasil.gov.my.

Iklan
Iklan

"Pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) BPN yang dimuat naik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut.

"Selain itu, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan juga boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM dan media sosial LHDN," katanya hari ini.

Iklan
Iklan