Tinggal lori elak sekatan jalan raya
Iklan
Pemandu lori biji besi sengaja tinggalkan kenderaan mereka di Seksyen 40, Jalan FT36 Kuala Jeneris-Kenyir - Aring 8 bagi elak sekatan jalan raya sempena Ops Tutup Siri 1/ 2019.
HULU TERENGGANU - Gara-gara ingin mengelak sekatan jalan raya, pemandu lori bijih besi sengaja meninggalkan kenderaan tersadai berhari-hari di bahu Jalan FT36 Kuala Jeneris - Kenyir-Aring 8, di sini.
Taktik tersebut bagaimanapun berjaya dihidu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menjalankan Ops Tutup Siri 1/ 2019 bermula Rabu lalu bagi membendung aktiviti operator lori yang membawa muatan berlebihan.
Iklan
Iklan
Hari keempat ops hari ini, media turut dibawa meninjau laluan jalan berkenaan dan didapati hampir 20 lori yang membawa muatan bijih besi tersadai di kedua-dua bahu jalan di Seksyen 40.
Modus operandi itu dilakukan pemandu kira-kira 30 kilometer daripada jarak lokasi sekatan jalan raya dilakukan iaitu di Seksyen 12, Jalan FT36 Kuala Jeneris-Kenyir - Aring 8.
Iklan
Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, operasi menyasarkan kenderaan barangan yang membawa muatan berlebihan dan mana-mana yang disyaki akan diarahkan untuk ditimbang dalam tempoh ditetapkan.
"Operasi dijalankan hasil risikan awal JPJ dan diadakan secara bersepadu dengan pihak Polis Di Raja Malaysia serta Raodcare. Kekuatan 57 keseluruhan pegawai serta anggota yang terlibat.
Iklan
"Sepanjang Ops Tutup dijalankan serentak di empat lokasi jumlah kenderaan barangan diperiksa ialah 100 buah dan daripadanya jumlah itu 30 kenderaan diambil tindakan iaitu 19 hadir untuk ditimbang manakala baki 11 gagal berbuat demikian.
Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin.
"Untuk tindakan kita telah keluarkan sejumlah 30 Notis 82 di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Notis JPJ P(22) sebanyak 106 notis.
"Selain di sini, tiga lagi lokasi ops ialah di kuari Bukit Diman, Ajil, Hulu Terengganu; kuari Bukit Yong, Besut dan di daerah Kemaman.
"Ops akan diteruskan hingga satu tempoh akan ditetapkan nanti," katanya kepada media, di sini, hari ini.
Hadir sama Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Terengganu, Alif Zuwairi Baharuddin serta Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Hulu Terengganu, Inspektor Zainon Abidin Ismail.
Tambah Zulkarnain, kesalahan itu akan diambil tindakan di bawah Seksyen 82 dan 57 APAD yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 jika sabit kesalahan.
Katanya, sepanjang tahun lalu, sebanyak 2,036 notis arah timbang dikeluarkan JPJ Terengganu, di samping 2,111 notis JPJ P(22) bagi kesalahan lebih muatan.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal