SHAH ALAM - Pasar Agro Selangor secara pandu lalu yang dilancarkan dua hari pada 22 dan 23 Mei lalu mencatatkan nilai jualan sebanyak RM560,000 bagi memudahkan orang ramai membeli barang keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim berkata, harga yang rendah serta keselesaan membeli secara pandu lalu mendorong peningkatan hasil jualan.