Belia 18 tahun di Perlis boleh mengundi, jadi calon pilihan raya
Iklan
Gambar hiasan
KANGAR- Perlis menjadi negeri kedua selepas Sabah menurunkan had usia mengundi dan calon pilihan raya daripada 21 tahun kepada 18 tahun selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis meluluskan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis (Pindaan 2020), hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, Rang Undang-Undang itu diluluskan selepas mendapat sokongan 14 daripada 15 ahli dewan kecuali Datuk Ismail Kassim (BN-Tambun Tulang) yang tidak hadir.
Iklan
Iklan
Ketika sesi penggulungan usul tersebut, Azlan berkata, beliau percaya bahawa calon pilihan raya berusia 18 tahun layak bertanding walaupun ada ahli dewan menyuarakan sedikit kebimbangan dari segi kematangan calon.
"Kerajaan perlu ada satu mekanisme yang membolehkan mereka diberi peluang untuk matang dengan lebih cepat agar apabila dipilih sebagai calon, mereka ini dapat memberikan sumbangan, idea dan sebagainya kepada masyarakat,” katanya.
Iklan
Iklan
Pada Julai tahun lalu, Parlimen meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had usia minimum mengundi dan menjadi calon pilihan raya daripada 21 ke 18 tahun. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>