Mayat hampir reput ditemui dalam semak
Iklan
JERTEH - Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui di dalam semak di Kampung Balik Bukit di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu jam 6.44 petang.
"Mayat dipercayai seorang lelaki kurang siuman dikenali sebagai Sek Chee Chuan, 50, ditemui dalam keadaan terlentang pada jarak 100 meter dari jalan utama.
"Ketika ditemui, mayat tersebut dalam keadaan memakai baju t-shirt berwarna hijau, tidak berseluar dan berselipar biru. Lelaki itu dipercayai meninggal dunia kira-kira lima hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Abdul Rozak, ahli keluarga mangsa dimaklumkan untuk membuat pengecaman dan mayat tersebut dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>