Tiga sahabat dicekup main judi

Iklan
Ketiga-tiga lelaki tersebut ditahan ketika sedang bermain judi daun terup di bawah blok perumahan di Bayan Lepas awal pagi tadi.

BAYAN LEPAS - Seorang penarik kereta bersama dua rakannya yang juga peniaga ditahan ketika sedang leka bermain judi di bawah sebuah blok perumahan di Persiaran Mayang Pasir 5 di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, ketiga-tiga lelaki itu ditahan pada jam 3 pagi tadi ketika polis sedang menjalankan rondaan cegah jenayah Op Covid-19 di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

"Ketika polis menjalankan rondaan jenayah, kita mendapati tiga lelaki berada di bawah salah satu blok perumahan tersebut. Apabila diperiksa, mereka sedang bermain judi daun terup.

"Dua daripada mereka tinggal di kawasan tersebut manakala seorang lagi tinggal di Permatang Pasir, Balik Pulau. Ketiga-tiga mereka mempunyai rekod jenayah lampau," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki berusia antara 19 dan 29 tahun itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.

"Mereka disiasat di bawah Seksyen 7(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana bermain judi di tempat awam.

Iklan

"Kes ini juga disiasat mengikut Peraturan 15 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020," katanya.