KUCHING - Berkuatkuasa hari ini, semua warganegara Malaysia yang ingin memasuki Sarawak perlu memohon permit daripada polis, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Douglas Uggah Embas.
Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata, syarat tersebut turut dikenakan kepada penduduk Sarawak yang kembali ke negeri itu.