Tambah bot peronda jaga perairan PD
Iklan
Aminuddin bersalaman dengan tetamu yang hadir.
PORT DICKSON - Kerajaan diminta menambah bot peronda bagi membantu pasukan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) mengawal pencerobohan khususnya di perairan Port Dickson.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan isu pencerobohan laut yang berlaku di perairan ini memandangkan punca rezeki nelayan terletak kepada hasil tangkapan di laut.
Iklan
Iklan
"Kita sedia maklum bahawa Maritim di kawasan laut sememangnya kekurangan kemudahan termasuklah kekurangan bot-bot untuk mereka menjalankan operasi dengan lebih aktif.
"Jadi, saya memohon pihak keselamatan ataupun Kerajaan Persekutuan menambah bilangan bot peronda kepada pasukan maritim bagi mempergiatkan lagi rondaan untuk membanteras masalah di perairan Port Dickson ini dengan lebih efisien,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Back To School TNB dan Penyerahan Kunci Rumah Baiti Jannati di Kompleks Daerah Port Dickson di sini, semalam.
Aminuddin berkata, kawalan Maritim di kawasan perairan ini perlu dipertingkatkan lagi dengan menempatkan lebih ramai anggota di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan penceroboh asing, bagi membanteras sempadan perairan negara dibolosi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Iklan
Terdahulu, nelayan di perairan Port Dickson sering berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk kerugian hasil tangkapan laut disebabkan pencerobohan oleh nelayan asing.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Aminuddin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan berikutan melanjutkan operasi di UTC Ampangan sehingga jam 10 malam.
Katanya, UTC Ampangan merupakan antara UTC yang sibuk dan sentiasa mempunyai ramai pelanggan.
"Berdasarkan kajian yang dibuat oleh pihak kementerian, mereka dapati UTC Ampangan adalah antara yang tersibuk dan mempunyai ramai pelanggan yang turut datang dari negeri jiran kerana mempunyai tempat yang luas dan selesa,” katanya.
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.