'Baliklah Hanis...Ma rindu'
Iklan
Hanis yang mengalami kemurungan sudah menghilangkan diri sejak Rabu lalu.
PASIR PUTEH - Seminggu lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri namun bagi Nasarah Muhammad, lebaran tidak bererti tanpa anak tunggalnya yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.
Anak perempuan Nasarah, Hanis Syamimi Yusuff, 20, dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Guntong di sini pada hari itu dan tidak pulang ke rumah.
Iklan
Iklan
Menurut ibu berusia 56 tahun itu, anaknya yang juga pelajar Politeknik Arau, Perlis keluar dari rumah dengan menunggang motosikal jenis SYM berwarna hitam dan merah pada jam 7 pagi.
"Saya ingatkan dia keluar dari rumah untuk mengambil angin tetapi rupanya dia tidak pulang," katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Menurut Nasarah, beliau buntu memikirkan nasib anaknya itu kerana sudah mencari di semua lokasi di kampung berkenaan.
"Baliklah Hanis...ma rindu," katanya.
Iklan
Bimbang dengan keselamatan anaknya, Nasarah membuat laporan polis kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh dan merayu mereka yang menemui anaknya dapat menghubunginya ditalian 017-944 3181 atau 014-518 7145 atau pergi ke balai polis berhampiran.
Katanya, Hanis keluar rumah dengan memakai tudung berwarna hitam, seluar jeans biru dan baju sejuk warna kelabu dan mengalami kemurungan sejak pulang dari Politeknik Arau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>