Barca sukar menang trofi Liga Juara-Juara
Iklan
Lionel Messi
BINTANG Barcelona Lionel Messi memberikan amaran bahawa skuad The Catalan itu tidak akan memenangi trofi Liga Juara-Juara jika terus beraksi dengan corak permainan yang sama.
Messi berkata, biarpun saingan Liga Juara-Juara dihentikan akibat pandemik Covid-19,kesebelasan pemain Barca masih perlu terus meningkatkan mutu permainan masing-masing dan tidak beraksi sebagaimana biasa.
Iklan
Iklan
"Saya tidak pernah ada prasangka terhadap pasukan dan saya juga tidak sangsi untuk pasukan ini menang.
"Tetapi ia bukan melalui cara permainan biasa ditunjukkan seperti sebelum ini,” katanya bagi menyatakan rasa tidak setuju dengan (perancangan) ketua jurulatih Barca, Quique Setien.
Iklan
Untuk rekod, Barca telah mula kembali menjalani latihan minggu lalu sebagai persediaan untuk mengharungi pusingan kedua peringkat 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara berdepan Napoli, di Nou Camp.
Pada aksi pusingan pertama, gergasi Sepanyol itu sekadar terikat 1-1 dengan Napoli sebelum saingan Liga Juara-Juara dihentikan akibat pandemik Covid-19.
Iklan
Sementara itu pemenang enam kali Ballon d’Or itu berharap agar Setien tidak menyalah tafsir kenyataannya kali ini.
"Semua orang kini boleh menyuarakan pendapat masing-masing dengan penuh rasa hormat.
"Pendapat saya adalah berdasarkan kepada saya pernah beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara setiap tahun dan bagi saya jika Barca terus kekal dengan permainan seperti ia pasti sukar untuk memenangi trofi berkenaan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>