Peniaga lemang patahkan cubaan penjenayah

Iklan
Shamsul Amar Ramli

KLANG - Seorang peniaga yang sedang bersiap-siap hendak menghantar buluh lemang dikejutkan dengan kegiatan penjenayah pecah masuk kereta di Taman Seri Andalas, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian itu disedari mangsa berusia 30 tahun itu kira-kira jam 2.15 pagi selepas melihat seorang lelaki tidak dikenali berada di dalam kereta jenis Perodua Myvi milik isterinya yang diparkir di hadapan rumah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika kejadian, suspek dilihat sedang menyelongkar barang di dalam kereta terbabit sebelum mangsa menegurnya.

"Suspek kemudian terus melarikan diri dan menyembunyikan diri di dalam rumah kedai di kawasan berhampiran.

Iklan

"Mangsa kemudian telah menghubungi polis sebelum sepasukan anggota kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tiba dan menahan suspek," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Shamsul Amar berkata, siasatan mendapati suspek berusia 31 tahun ini memiliki lapan rekod jenayah lampau.

Iklan

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pembabitan suspek dalam kes terbabit.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan," katanya.