Pasar mini jijik diarah tutup
Iklan
SENTUL - Sebuah pasar diusahakan warga asing di Jalan Sentul Pasar di sini diarah tutup selepas beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pasar mini terletak dalam kawasan apartmen servis itu diperiksa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) petang semalam selepas menerima aduan.