Hotel boleh ambil tindakan ke atas kluster kayangan

Iklan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan menyerahkan kepada pihak hotel terlibat bagi mengambil tindakan lanjut susulan kerosakan dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab semasa dikuarantin di hotel itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana setiap hotel mempunyai peraturan tersendiri yang perlu dipatuhi oleh pihak yang berada di premis mereka.

Iklan
Iklan
Kerosakan yang disyaki dilakukan individu kluster kayangan yang menjalani kuarantin wajib di sebuah hotel.

"Timbul lagi isu melibatkan kluster kayangan. Mereka (melakukan kesalahan) tertakluk kepada undang-undang dan peraturan.

"Jadi dalam kes kerosakan barang dan kemudahan yang berlaku di hotel disebabkan oleh tindakan individu, kita serahkan kepada mereka untuk mengambil tindakan seterusnya," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Iklan
Kerosakan yang disyaki dilakukan individu kluster kayangan yang menjalani kuarantin wajib di sebuah hotel.

Semalam media melaporkan seorang lelaki yang menjalani kuarantin wajib di sebuah hotel di Kuching, Sarawak telah mencetuskan panik apabila membakar botol cecair pembasmi kuman.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, dalam kejadian jam 9.15 pagi itu tindakan lelaki yang dikuarantin sejak 2 Mei itu telah menyebabkan kebakaran kecil berlaku, namun berjaya dipadam oleh kakitangan hotel.

Iklan
Kerosakan yang disyaki dilakukan individu kluster kayangan yang menjalani kuarantin wajib di sebuah hotel.