Tindakan Shafie buat U-turn isu PKPB cetus kekeliruan: PBS
Iklan
Mohd Shafie Apdal - Foto Bernama
KOTA KINABALU - Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joniston Bangkuai berkata, U-turn berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah telah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat di negeri itu.
Beliau berkata, dua hari lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menolak PKPB yang diumumkan kerajaan Persekutuan pada 4 Mei dan berkata Sabah akan berpegang kepada garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat selain hanya membenarkan sektor tertentu dibuka semula pada 12 Mei apabila perintah itu berakhir.
Iklan
Iklan
"Kemudian semalam, Shafie tiba-tiba membuat U-turn terhadap keputusan kerajaan negeri sebelum ini dan mengumumkan bahawa Sabah telah memutuskan untuk menguatkuasakan fasa lima PKP dengan membenarkan industri tertentu beroperasi.
"Kerajaan negeri Sabah perlu menjelaskan sama ada kita kini dalam fasa keempat atau kelima PKP? Orang ramai ingin tahu sama ada kita kini mematuhi PKPB atau PKP," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Bangkuai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu berkata, ramai yang tidak tahu garis panduan mana yang perlu dipatuhi.
"Bolehkah mereka melakukan perjalanan rentas daerah? Bolehkah mereka berada di jalan selepas 6 petang? Bolehkah empat orang berada dalam sebuah kereta ataupun hanya dua orang sahaja?" katanya.
Iklan
Beliau berkata, kerajaan negeri perlu menilai situasi sebenar di lapangan dan membantu mereka yang bergantung hidup kepada pendapatan harian. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Sebut nama saya di Makkah, doakan saya jadi Muslim' -ADUN Pitas"><meta itemprop="description" content="'Sebut nama saya di Makkah, doakan saya jadi Muslim' -ADUN Pitas
Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.
Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUNPitas #pelukIslam"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-23T10:14:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P224S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xazyf52"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xazyf52"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xazyf52"></script>