Bakal PM Singapura keempat?

Iklan
Heng-Swee-Keat

SINGAPURA - Menteri Kewangan Singapura, Heng Swee Keat dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), sekali gus membuka jalan kepada beliau untuk menjadi perdana menteri keempat negara tersebut.

Pelantikan Swee Keat, 57, diumumkan, semalam bersama dengan pemegang jawatan utama lain Jawatankuasa Eksekutif Pusat PAP (CEC) yang merupakan badan tertinggi pembuat keputusan parti itu.

Iklan
Iklan

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam daripada Universiti Harvard dan Ijazah Ekonomi dari Universiti Cambridge.

Menteri Perdagangan dan Industri, Chan Chun Sing, 49, yang turut berpotensi menjadi perdana menteri dilantik sebagai Penolong Kedua Setiausaha Agung parti terbabit.

Iklan

Selepas pulih daripada strok pada Mei 2016, Swee Keat berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Monetary Authority of Singapore (MAS) selama enam tahun hingga 2011 sebelum menyertai bidang politik.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Lee Kuan Yew itu juga adalah ahli Parlimen bagi Kawasan Perwakilan Kumpulan Tampines sejak Pilihan Raya Umum 2011. - Agensi

Iklan