KUALA LUMPUR - Berdasarkan maklumat daripada perwakilan Malaysia di luar negara terdapat 664 lagi rakyat tempatan yang masih terkandas di luar negara setakat hari ini, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 190 adalah jemaah tabligh yang sedang ditahan dan dikuarantin di India iaitu New Delhi seramai 158, Chennai (23) dan Mumbai (sembilan).