Pacuan empat roda terbakar
Iklan
ALOR SETAR - Sebuah kenderaan pacuan empat roda musnah dalam kebakaran di hadapan Mardec Baling, Jalan Kupang, Baling di sini malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran kira-kira jam 8.50 malam.