Kadar pematuhan PKPD di Selayang Baru hampir 100 peratus

Iklan
Kawalan keselamatan di kawasan Selayang Baru yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan terus dipertingkatkan. - Foto Bernama

GOMBAK - Kadar pematuhan penduduk di kawasan Selayang Baru yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 25 April lalu adalah pada tahap hampir 100 peratus.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung dua lelaki warga Myanmar cuba meloloskan diri daripada perintah kawalan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini hanya satu kes berkaitan dua lelaki warga asing yang cuba melanggar perintah tetapi mereka berjaya ditahan pada Isnin lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini.

Arifai berkata, kawalan keselamatan di kawasan itu akan terus dipertingkatkan.

Iklan
Iklan

"Selain rondaan biasa, kami turut menggunakan khidmat dron dan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengesan sebarang aktiviti jenayah di kawasan berkenaan," katanya.