Asri dilantik Ketua Setiausaha Perbendaharaan baharu
Iklan
Asri Hamidin
PUTRAJAYA - Datuk Asri Hamidin @ Hamidon dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkuat kuasa esok.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan, Asri menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang tamat kontrak perkhidmatannya.
Iklan
Iklan
Asri, 54, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Hiroshima Universiti, Jepun, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 26 tahun dengan jawatan pertamanya sebagai Penolong Pengarah Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Jun 1994.
Mohd Zuki berkata, Asri berpengalaman luas dalam bidang kewangan dan pelaburan strategik termasuk pernah menjawat pelbagai jawatan di Kementerian Kewangan.
Iklan
Antara jawatan utama yang pernah disandangnya ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Setiausaha Bahagian Bahagian Syarikat Pelaburan dan Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pelaburan, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Penswastaan.
"Semoga dengan pelantikan ini, beliau dapat menerajui Kementerian Kewangan untuk meneruskan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara yang cekap, telus dan berkesan," kata Mohd Zuki.
Iklan
Pada masa yang sama, Mohd Zuki yang mewakili pihak kerajaan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahmad Badri atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam selama 31 tahun. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>