351 pelajar UMT kelompok pertama dihantar pulang malam ini
Iklan
Pelajar yang terlibat dalam kelompok pertama akan dihantar pulang malam ini mengemas barang peribadi masing-masing. Foto: UMT
KUALA NERUS – Seramai 351 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari Kelantan, Pahang dan Terengganu akan bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing bermula jam 9 malam ini.
Kumpulan tersebut merupakan kelompok pertama akan dihantar balik daripada jumlah 1,500 pelajar UMT yang tinggal di dalam dan luar kampus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan.
Iklan
Iklan
Naib Canselor UMT, Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, UMT menyediakan 23 bas dan sebuah van bagi operasi penghantaran itu dengan pelajar terlibat diwajibkan melalui beberapa fasa saringan kesihatan dan mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menurutnya, sebagai langkah keselamatan semua beg pelajar akan melalui proses sanitasi sebelum menaiki bas dan mereka perlu menjaga jarak selamat sepanjang proses penghantaran pulang dengan sebuah bas berkapasiti 40 orang hanya akan dinaiki 20 orang pelajar.
Iklan
"Alhamdulillah, syukur kerana usaha ini berjaya dilaksanakan. Terima kasih kepada Menteri Pengajian Tinggi atas usaha yang telah dilakukan dalam membawa pelajar-pelajar ini pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
"Terima kasih juga kepada frontliner yang terlibat, agensi-agensi yang membantu seperti MKN,KKM,PDRM dan petugas-petugas yang berdedikasi dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang sukar ini.
Iklan
"Saya doakan agar perjalanan mereka ini selamat dan berharap pelajar dapat menjaga kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang telah disarankan oleh KKM dalam memutuskan rantaian koronavirus (Covid-19).
"Semoga semua pelajar dapat menjalani ibadah Ramadan dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Nor Aieni berkata, setiap bas akan diiringi oleh seorang pegawai UMT yang bertindak sebagai Liaison Officer (LO) bagi melaporkan sebarang perkembangan terkini sepanjang perjalanan ke destinasi.
"Pelajar-pelajar akan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah atau Pejabat Daerah dan ibubapa yang berada di radius 10 kilometer (KM) boleh mengambil anak mereka. Bagi yang berada di radius lebih 10km, pihak berkuasa akan menghantar pulang sampai ke rumah.
"Ini kumpulan pertama dan lebih 1,500 pelajar UMT akan dibawa pulang sepanjang tempoh PKP secara berperingkat,” katanya.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.