Kelantan sifar kes Covid-19
Iklan
Dr Izani
KOTA BHARU - Kelantan kekal tiada kes baharu positif koronavirus (Covid-19) pada hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, hari ini, terdapat satu kes sembuh dari Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah, perkembangan itu menjadikan jumlah kesemua 152 orang pesakit positif Covid-19 di negeri Kelantan sembuh secara keseluruhan,” katanya melalui satu kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini.
Beliau turut meminta rakyat supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat sehingga 12 Mei depan.
Iklan
"Amalkan penjagaan kebersihan diri serta ahli keluarga demi kesejahteraan bersama.
"Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan dan semua pihak atas kerjasama yang diberikan,” katanya.
Iklan
Dr Izani turut berdoa agar pandemik Covid-19 segera berakhir.
"Semoga dengan keberkatan bulan Ramadan ini menjadikan negeri Kelantan dan negara kita Malaysia bebas daripada wabak Covid-19. Insya-ALLAH,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>