Isu Rohingya ditangani berhati-hati: Polis Kedah
Iklan
Zainuddin (kiri) melihat barang-barang sumbangan yang akan diagihkan kepada 415 keluarga yang terjejas akibat PKP di seluruh Kedah.
ALOR SETAR - Semua agensi keselamatan akan memantau laluan masuk di kawasan perairan dan daratan bagi mengekang kemasukan etnik Rohingya ke negara ini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Zainudin Yaacob berkata, Langkawi menjadi salah satu destinasi mereka yang cuba masuk ke negara ini dan bermula daripada tangkapan awal April lalu, anggota keselamatan terutama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah meningkatkan kawalan di sempadan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, walaupun penguatkuasaan undang-undang dilakukan tetapi agensi penguatkuasaan masih membantu etnik itu dalam konteks makanan dan keperluan yang wajar.
"Mereka ialah pelarian dan datang kerana dizalimi. Jadi pendekatan yang digunakan berbeza dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lain.
Iklan
"Jika berjaya mendarat, kita anggap mereka sebagai PATI. Kalau boleh kita sekat kapal daripada memasuki negara secara haram," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kedah hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan keperluan makanan kepada semua ketua polis daerah untuk diagihkan kepada 415 keluarga yang terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Iklan
Zainuddin (depan, tiga dari kanan) bersama ketua-ketua polis daerah dan pegawai kanan selepas majlis penyampaian sumbangan keperluan makanan di IPK Kedah hari ini.
Zainuddin berkata, polis bersama agensi lain juga mengadakan rondaan di pintu masuk haram atau 'lorong tikus' seperti di sempadan Thailand, Langkawi dan Kuala Kedah yang menjadi pusat daratan manusia serta barang seludup seperti minyak dan ketum.
Beliau juga menggesa orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan itu supaya dapat sama-sama mengekang aktiviti haram berkenaan.
"Orang awam pula berhenti menjadi tali barut sama ada mereka berada di perairan, pintu masuk atau lorong tikus," katanya.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.