Bank Islam, Pharmaniaga dan CapBay perkenal SCF, sasar pembiayaan RM500 juta

Iklan
Bank Islam, Pharmaniaga dan CapBay memeterai perjanjian kerjasama strategik bagi mewujudkan ekosistem SCF untuk memperkukuh rantaian bekalan penjagaan kesihatan Malaysia.

BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd dan CapBay menjalin kerjasama strategik bagi mewujudkan ekosistem Pembiayaan Rantaian Bekalan Islamik (SCF) untuk memperkukuh rantaian bekalan penjagaan kesihatan Malaysia.

Inisiatif tersebut menyasarkan pembiayaan bernilai RM500 juta dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Iklan
Iklan

Kerjasama itu turut menyasarkan peningkatan akses kepada pembiayaan bagi perniagaan yang beroperasi dalam sektor berkaitan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Inisiatif berkenaan menggabungkan kepakaran Bank Islam dalam penyediaan pembiayaan patuh syariah, rangkaian luas rantaian bekalan penjagaan kesihatan Pharmaniaga serta platform pembiayaan digital CapBay bagi menangani cabaran modal kerja yang dihadapi oleh perniagaan.

Iklan

Menerusi program tersebut, vendor, pembekal, kontraktor, penyedia perkhidmatan dan pembeli yang layak dalam ekosistem Pharmaniaga akan mendapat akses kepada pelbagai penyelesaian pembiayaan bagi menyokong pengurusan aliran tunai, kesinambungan operasi serta pertumbuhan perniagaan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, rantaian bekalan penjagaan kesihatan yang kukuh dan mampan penting dalam memastikan rakyat Malaysia terus mendapat akses kepada ubat-ubatan, produk penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sokongan yang diperlukan.

Iklan

"Rantaian bekalan penjagaan kesihatan yang kukuh dan mampan penting dalam memastikan rakyat Malaysia terus mendapat akses kepada ubat-ubatan, produk penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sokongan yang diperlukan.

"Kerjasama ini menggabungkan kekuatan kewangan Islam, kepakaran industri dan inovasi digital untuk meningkatkan kecairan dalam rantaian nilai penjagaan kesihatan serta menyokong perniagaan yang menjadi tunjang penyampaian perkhidmatan penting ini.

"Dengan memperluaskan akses kepada pembiayaan khususnya bagi PKS, kami membantu perniagaan memperkukuh operasi, merebut peluang pertumbuhan dan menyokong ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih berdaya tahan.

"Rantaian bekalan yang lebih kukuh akan memastikan ketersediaan ubat-ubatan serta penjagaan kesihatan penting, sekali gus memberi manfaat kepada penyedia perkhidmatan kesihatan, pesakit dan komuniti di seluruh negara," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu Pengarah Urusan Pharmaniaga, Datuk Zulkifli Jafar menjelaskan, pihaknya komited memastikan perniagaan dalam rantaian nilainya menerima sokongan yang diperlukan bagi berkembang dan beroperasi secara mampan.

"Kerjasama ini memperluaskan akses kepada pembiayaan bagi rakan ekosistem kami, membantu mereka mengurus modal kerja dengan lebih berkesan dan memenuhi keperluan industri yang kian berkembang.

"Dengan memperkukuh keupayaan pembekal kami, ia turut mempertingkatkan kepercayaan serta kesinambungan produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk rakyat Malaysia," ujarnya.