Genting Winter Wonderland 2026 tawar pengalaman salji, pelbagai hiburan

Iklan
Orang ramai berpeluang menikmati pengalaman bermain salji sempena Genting Winter Wonderland 2026 di Resorts World Genting bermula 20 November hingga 3 Januari 2027.

ORANG ramai berpeluang menikmati pengalaman bermain salji, menyertai pelbagai aktiviti interaktif dan menyaksikan persembahan muzik sempena Genting Winter Wonderland 2026 di Resorts World Genting (RWG), bermula 20 November hingga 3 Januari 2027.

Menerusi acara itu, pengunjung turut boleh menikmati dekorasi bercahaya, sajian istimewa, aktiviti keluarga dan persembahan ambang tahun baharu bagi memeriahkan musim cuti hujung tahun.

Iklan
Iklan

RWG dalam satu kenyataan memaklumkan, sepanjang tempoh tersebut, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai hiburan di kawasan resort termasuk taman tema, hotel dan ruang terbuka.

Antara tarikan utama ialah pengalaman menikmati salji di Liberty Lane yang berlangsung sepanjang acara berkenaan.

Iklan

“Sesi salji percuma itu turut diserikan dengan persembahan laser berwarna-warni dan kehadiran watak istimewa bagi memberikan pengalaman seolah-olah berada di negara yang mengalami musim sejuk,” katanya.

Menurutnya, pertunjukan gelembung asap di Eagle Mountain turut menjadi antara tarikan yang boleh disaksikan pengunjung setiap hari.

Iklan

“Pertunjukan itu menampilkan gelembung berisi asap berpusar yang menghasilkan pemandangan unik dan menarik.

“Pengunjung juga berpeluang bertemu serta bergambar bersama watak istimewa di Biker’s Lounge menerusi lapan sesi setiap hari,” ujarnya.

Resorts World Genting menganjurkan Genting Winter Wonderland 2026 bermula 20 November hingga 3 Januari 2027 bagi memeriahkan musim cuti hujung tahun dengan pelbagai tarikan dan aktiviti untuk seisi keluarga.

Pelbagai tarikan dan aktiviti interaktif

Kemeriahan diteruskan di taman tema Genting SkyWorlds menerusi tiga tarikan berbayar mengikut permainan (Pay Per Ride) bermula 5 Disember hingga 3 Januari 2027.

Pengunjung boleh memilih untuk menaiki Invasion of the Planet of the Apes, Independence Day: Defiance atau Rivet Town Roller.

Menurut RWG, ketiga-tiga tarikan itu beroperasi setiap malam dari 7 malam hingga 10 malam dengan harga tiket RM20 bagi setiap permainan atau RM50 untuk pakej ketiga-tiganya.

“Di Studio Plaza pula, persembahan LED khas di Immersive Studio berlangsung dari 2 Disember hingga 1 Januari 2027. Persembahan selama 10 minit itu menampilkan paparan visual bertemakan musim cuti dengan gabungan warna dan imej menarik.

“Christmas Trail Challenge yang berlangsung dari 18 Disember hingga 3 Januari 2027 memberi peluang kepada pengunjung menyelesaikan cabaran di enam lokasi sekitar resort,” ujarnya.

Peserta perlu mengimbas kod QR di setiap lokasi untuk mendapatkan misi dan melengkapkan cabaran bagi mengumpul cenderamata serta baucar daripada premis terpilih. Hadiah berkenaan boleh ditebus di Foyer Arena of Stars.

Aktiviti keluarga dan hiburan hujung tahun

Menambahkan lagi kemeriahan di SkyAvenue ialah From Our Street to Yours, pengalaman bertemakan Sesame Street yang berlangsung di Kimhua Atrium dari 1 Disember hingga 3 Januari 2027.

Menurutnya, pengunjung boleh menyertai aktiviti interaktif dan bengkel kreatif selain berpeluang bertemu watak Elmo dan Cookie Monster.

“Pelbagai barangan cenderamata Sesame Street turut ditawarkan termasuk ganjaran menerusi program perbelanjaan dan penebusan khas. Suasana turut dimeriahkan dengan perarakan Santa dan Santarina, persembahan istimewa serta nyanyian secara akapela.

“Di Eufloria Garden & Sculpture Park, pelbagai aktiviti santai dan kreatif disediakan menerusi program tiga hari di Garden of the Seasons dari 25 hingga 27 Disember,” katanya.

Antara aktiviti yang ditawarkan ialah Santa’s Memory Match Challenge, Santa’s Pyramid Cup Stack Challenge, Santa’s Lucky Cup Toss, Santa’s Cup Drop Challenge, Christmas in Bloom Colouring dan Snowball Spoon Challenge.

Tambahnya, Resorts World Awana turut menyediakan pelbagai aktiviti keluarga dari 5 hingga 31 Disember.

“Kanak-kanak boleh menyertai aktiviti kreatif seperti Transparent DIY Ornament Painting, Little Charcuteries Artist, Ginger Bread Cookie DIY dan Santa’s Little Gardener pada harga RM37 seorang.

“Pelbagai pengisian hujung minggu turut disediakan termasuk persembahan nyanyian berkumpulan, permainan keluarga di tepi kolam renang serta sesi bercerita,” katanya.

Bagi sambutan ambang tahun baharu pada 31 Disember, Resorts World Awana menyediakan pelbagai permainan bermula 10.30 malam hingga tengah malam termasuk Ring Toss Challenge, Lucky Ball Toss dan Mini Bowling.

Festival percuma itu menghimpunkan barisan artis dan DJ termasuk ikon muzik tarian elektronik antarabangsa Paul van Dyk, Deng Yichen, DJ Jenna, Danny Koo, Daniel Cheah, DJ Casper Yu dan Nickthereal.

Persembahan muzik dan sambutan 2027

Menurutnya, pengunjung turut boleh menikmati Merry & Loud Christmas Celebration di Arena of Stars dari 24 hingga 26 Disember.

Acara percuma selama tiga hari itu menampilkan persembahan muzik dan hiburan daripada barisan DJ serta artis jemputan.

“Pada 24 Disember, persembahan melibatkan DJ Jovynn, YES’SIR DAYS dan DJ Aster dari 9 malam hingga 12.30 tengah malam.

“Hiburan diteruskan pada 25 Disember menerusi DJ BabbyAng, 3P dan DJ Blink, manakala 26 Disember menampilkan DJ Blink, Skai Isyourgod, Xiao A Qi dan Xiao Mi,” katanya.

Tambahnya, Hello 2027 Countdown Festival bakal berlangsung di Arena of Stars dari 31 Disember hingga 2 Januari 2027.

Festival percuma itu menghimpunkan barisan artis dan DJ termasuk ikon muzik tarian elektronik antarabangsa Paul van Dyk, Deng Yichen, DJ Jenna, Danny Koo, Daniel Cheah, DJ Casper Yu dan Nickthereal.

“Acara kira detik pada 31 Disember berlangsung dari 9 malam hingga 12.30 tengah malam, manakala persembahan pada 1 dan 2 Januari diadakan dari 8.30 malam hingga 11 malam.

“Selain pelbagai aktiviti dan hiburan, seluruh kawasan resort turut dihiasi dekorasi bercahaya termasuk sebuah pokok hiasan setinggi 30 kaki di Madison Square,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Genting Winter Wonderland 2026, orang ramai boleh melayari rwgenting.com atau mengikuti platform media sosial rasmi Resorts World Genting.