Sihat bukan hanya bebas penyakit

Iklan
Konvensyen My#HadithTime bertajuk 'The Prophetic Wellness: Who Heals You?' yang bakal berlangsung di SCCC pada 6 Disember depan.

SHAH ALAM - Menjaga kesihatan bukan sekadar usaha mengelakkan penyakit, sebaliknya amanah ALLAH SWT yang perlu dipelihara setiap manusia sebagai sebahagian tanggungjawab dan ibadah.

Doktor Perubatan dan Pengamal Perubatan Nabawi, Dr Agus Rahmadi berkata, ajaran kesihatan Rasulullah SAW merangkumi aspek lebih luas daripada penggunaan bahan semula jadi seperti madu, habbatussauda, bekam dan kurma.

Iklan
Iklan

Menurutnya, prinsip Kedokteran Nabawi turut menekankan kepentingan menjaga kebersihan, mengawal pemakanan, mendapatkan rehat mencukupi, melakukan aktiviti fizikal serta memelihara kesihatan spiritual.

"Selain pemakanan, amalan Rasulullah SAW dalam menjaga kebersihan, melakukan aktiviti fizikal, mendapatkan rehat mencukupi serta mengekalkan keseimbangan kehidupan turut menyokong usaha pencegahan dan penjagaan kesihatan dalam perubatan moden," katanya.

Iklan

Dalam pada itu Agus menegaskan, pemilihan rawatan moden seperti penggunaan antibiotik, insulin atau pembedahan apabila diperlukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang turut menganjurkan umatnya mendapatkan rawatan.

Justeru, beliau menyarankan umat Islam membudayakan amalan sunah seperti mengawal pemakanan, menjaga kebersihan, tidur teratur, berpuasa sunat mengikut kemampuan, melakukan aktiviti fizikal dan memperbanyakkan solat, zikir serta doa.

Iklan

Bagaimanapun, ujarnya, setiap amalan perlu disesuaikan dengan keadaan individu termasuk mendapatkan nasihat doktor bagi pesakit diabetes yang menggunakan insulin atau ubat tertentu sebelum menjalani puasa sunat.

"Perubahan gaya hidup tidak semestinya bermula langkah besar, sebaliknya boleh dibentuk melalui amalan kecil secara konsisten," ujarnya.

Ikuti kupasan lanjut Agus mengenai hubungan Kedokteran Nabawi dan perubatan moden serta kepentingan menghayati sunnah Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan menerusi Konvensyen My#HadithTime.

Program bertajuk The Prophetic Wellness: Who Heals You? itu akan diadakan pada 6 Disember depan di Setia City Convention Centre (SCCC).